Sunday, June 30, 2013

Ummah Perlukan Anda!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pada awalnya terasa ragu-ragu juga untuk membuat akaun blogger ni. Kenapa? Mungkin sebab ledakan da'ie-da'ie yang menggunakan blog sebagai wasilah dakwah dan tarbiyyah mereka ibarat gunung berapi Krakatoa. Juga mungkin masih ada rasa tidak layak dalam diri ini disebabkan oleh perasaan was-was.

Bukankah was-was itu datangnya daripada syaitan? Gulp.

Teringat akan kata-kata seorang al-akh yang terchenta, "Kita ni sedang berada dijalan Allah SWT. Dan Allah sendiri kata yang Dia takkan biarkan hamba-hambanya begitu sahaja. Dia akan berikan ujian, bukan ujian semester mahupun ujian akhir tahun, tetapi ujian yang begitu menguji hati dan iman kita. Tapi bila ujian itu tiba kat kita, adakah kita betul-betul bersedia?"

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
hanya dengan mengatakan: "Kami beriman," dan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang
yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang
yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang
berdusta."
Al-'Ankabut, ayat 2-3

Benar, sebelum mengambil keputusan untuk membuat blog ini, banyak juga cabaran mental, fizikal, dan emosi yang dihadapi. Er yang lebihnya emosi lah. Eh. Dan permainan emosi ini telah membuatkan ramai orang diluar sana termasuk da'ie-da'ie untuk berasa yang mereka tidak sepatutnya berbuat begini atau begitu.

"Kata ikut cara Islam lah. Tapi bagi peringatan kasar!"

"Kau nak ajak aku ikut bulatan gembira? Aku tengok kau sendiri pun tak berapa nak gembira."

"Solat jemaah kat surau? Kau solat subuh gajah kot! Tiap-tiap hari pulak tu!"

Peluh.

Tembakan-tembakan emosi (bukan doa je pakai tembakan tau) mampu untuk melemahkan semangat para da'ie. Kerana hakikatnya mereka juga manusia! Ya! Da'ie itu juga seorang manusia! Dia makan, minum, tidur, main bola petang-petang! Apa anda fikir da'ie itu super saiya? Tidak sama sekali wahai rakan-rakan. Mungkin pada zahirnya mereka tidak menunjukkan perasaan mereka yang resah gelisah itu tetapi di bawah permukaan (baca: under the surface) perasaan mereka bergejolak dan boleh menyebabkan tsunami jika dilepaskan.

Melampaunya hiperbola.

Namun mereka tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang diuji oleh Dia! Takkan baru kena komen sikit terus lemah semangat? Rasulullah SAW dahulu lagi teruk kena! Dekat Ta'if kena baling batu sampai penuh darah dalam kasut baginda! Ancaman bunuh oleh pihak Musyrikin Mekah! Dipulaukan selama 3 tahun tatkala berada di kawasan sendiri! Kita? Kena tegur sikit terus lemah semangat bak aiskrim yang dijemur di tengah panas.

Bangunlah wahai rakan! Ummah sangat memerlukan anda! Ummah sangat memerlukan logam-logam Islam yang sangat berharga! Peduli apa orang nak kata! Mereka komen sama ada yang baik atau buruk, ambil secara baik dan muhasabah diri! Jangan terus bermasam muka dan bermuram durja!

Fuh, terlebih semangat lak. Eheh.

~~~~~~

30 Jun 2013. Saudara-saudara kita di Syria masih lagi diburu oleh pihak Bassar al-Assad laknatullah. Saudara-saudara kita di Mesir sedang menghadapi tentangan demonstrasi besar-besaran oleh saki-baki penyokong Mubarak. Mari kita sama-sama melepaskan bom doa untuk mereka dan seluruh umat Islam amnya.

Percubaan pertama untuk ber-blog tampak seperti berjaya. Alhamdulillah. :D